BAB
3 : WAHYU SEBAGAI SUMBER SAINS
TEKNOLOGI & KEJURUTERAAN
Sesi : Dis 2017
Kelas : DEM 2 S 2
Bil.
|
Nama Pelajar
|
No. Pendaftaran
|
|
1.
|
Ahmad
Hidayat Nasution bin Abdollah Amin
|
06DEM17F1069
|
|
2.
|
Syukri Safie bin Selamat
|
06DEM17F1013
|
|
3.
|
Ahmad
Syakir bin Sulaiman.
|
06DEM17F1024
|
|
4.
|
Muhammad Salim bin Mathadi
|
06DEM17F1031
|
|
5.
|
06DEM17F1075
|
||
Nama
Pensyarah :
|
|||
BAB 3 : Wahyu Sebagai
Sumber Sains Teknologi dan Kejuteraan.
Pengenalan
Sains,
teknologi dan kejuteraan merupakan sebahagian daripada ilmu yang terdapat dalam
wahyu yang diturunkan oleh Allah SWT melalui al-Quran. Al-Quran ialah sumber
intelektual dan spiritual islam yang agung. Kalam Allah SWT ini adalah asas
bukan hanya bagi agama dan pengetahuan spiritual tetapi bagi semua cabang ilmu
pengetahuan. Al-Quran juga merupakan satu sumber utama dan inspirasi pandangan
Muslim tentang kesepaduan sains dan pengetahuan intelektual.
Al-Quran dan Hadis
sebagai Sumber Sains, Teknologi dan Kejuteraan
Antara tanda
mukjizat dalam al-Quran ialah fenomena alam sama ada di bumi maupun di langit.
Ia memberi pelbagai maklumat yang berkaitan dengan sains dan
teknologi. Segala tanda dan bukti menjelaskan segala ayat-ayat yang
terkandung dalam al-Quran ternyata sangat bersesuaian dengan penemuan sains
moden terkini sehingga ia menambahkan keyakinan akan kebenaran risalah dan
mukjizat yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w.
Al-Quran
bukanlah seperti sebuah buku fizik,matematik,kimia,biologi atau buku perubatan,tetapi
semua ayat-ayat dalam Al-Quran boleh dikaitkan dengan bidang-bidang
tersebut.Al-Quran juga menekankan bahawa alam semesta ini diciptakan untuk
melayani kehendak manusia. Bagi mendalami serta mengkaji segala tanda
kebesaran Allah Taala sama ada di langit atau dibumi, al-Quran telah menegaskan
penggunaan akal digunakan secara optimum.Allah SWT telah mengajak manusia
supaya berfikir dan mengkaji setiap ciptaan-Nya sebagaimana firman Allah SWT
dalam surah Ali ‘Imran:
Maksudnya:
“Orang-orang
yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring
dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi(seraya berkata)Ya
Tuhan kami,tiadalah Engkau menciptakan semuanya ini dengan sia-sia.Maha Suci
Engkau,maka peliharalah kami dari siksa neraka.”
Allah SWT terus mengajak hamba-Nya supaya
menggunakan akal fikiran dan mata hati dalam menilai dan melihat sesuatu
perkara. Allah SWT menyuruh untuk membuat kajian tentang rahsia alam
semesta secara sistematik.
Maksudnya:
“ Apakah mereka
tidak melihat kepada unta bagaimana ia diciptakan. Dan langit bagaimana ia
ditinggikan. Dan gunung-ganang bagaimana ia ditegakkan. Dan bumi bagaimana ia
dihamparkan.” (Al-Ghasiah : 17-20).
Pengertian Wahyu Menurut Islam
Wahyu dari segi
bahasa bermaksud apa –apa yang diturunkan oleh Allah SWT kepada orang pilihan –
Nya .Wahyu merupakan hidayah dan ilmu secara rahsia dan tersembunyi dan bukan
diperoleh melalui cara yang terang terangan.
Dari aspek keilmuan islam ,wahyu bermaksud apa –apa yang diturunkan kepada nabi
dan rasulnya, melalui perantaraan Malaikat Jibrail a.s dalam bentuk bertulis
atau tidak bertulis yang mengandungi syariah bagi menguruskan kehidupan
manusia.Secara ringkasnya,
Dari segi bahasa:
I.Turun
dari tempat yang tinggi.
II.Wahyu
adalah apa- apa yang diturunkan oleh SWT kepada orang pilihan Nya dan ia
merupakan hidayah dan ilmu secara rahsia dan tersembunyi bukan diperoleh
melalui cara biasa.
Dari segi istilah:
I.Penurunan
dari Lut mahfuz ke Baitul Izzah di langit dunia kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan
Malaikat Jibrail mengambil masa lebih kurang 23 tahun.
II.Wahyu
adalah apa- apa yang diturunkan kepada nabi dan rasul – Nya dalam bentuk yang
bertulis atau tidak bertulis yang mengandungi syariat bagi menguruskan kehidpan
manusia.
Firman
Allah SWT dalam surah al – Nisa:
Maksudnya:
"Sesungguhnya
Kami telah memberikan wahyu kepadamu (Wahai Muhammad) sebagaimana Kami telah
memberikan wahyu kepada Nabi Nuh dan nabi-nabi yang diutus kemudian daripadanya
dan Kami telah memberikan wahyu kepada Nabi Ibrahim, Nabi Ismail , Nabi Ishak,
Nabi Yaakub, serta nabi-nabi keturunannya dan Nabi Harun, dan Nabi Sulaiman dan
jaga kami telah memberikan kepada Nabi Daud Kitab Zabur" (Surah an-Nisa :
163)
Firman
Allah lagi dalam surah Al – Nahl:
Maksudnya:
“Dan
tidaklah kami mengutus Rasul- rasul sebelummu (wahai Muhammad), melainkan dari
kalangan orang orang lelaki ,yang kami wahyukan kepada mereka.Oleh itu,bertanyalah
kamu (wahai golongan musyrik) kepada orang –orang yang berpengetahuan agama
jika kamu tidak mengetahuinya.
(surah
al nahl 16;43)
Daripada
ayat diatas dapatlah difahami bahawa allah SWT telah menerangkan bahawa para
rasul dan nabi menerima wahyu daripada Allah SWT secara langsung.
3.1.2 Peranan Wahyu Menurut Islam
Setiap sesuatu perkara yang wujud dan
berlaku pasti ada tujuan dan peranannya, begitu juga sumber utama wahyu iaitu
Al - Quran yang memainkan peranan penting dalam kehidupan manusia. Peranan Al -
Quran dalam kehidupan manusia adalah seperti menjelaskan akidah islam,
menerangkan syariat islam, menghuraikan akhlak islam, menjadi panduan hidup
dlama menguruskan dunia serta menegakkan keadilan.
Definisi Al – Quran
Kalam atau wahyu Allah SWT mengandungi
mukjizat kepada Nabi Muhammad SAW dan ditulis dalam mashaf, disampaikan secara
mutawatir dan membacanya merupakan ibadat manusia dalam agama islam. Isi
kandungan Al–Quran meliputi 6,666 ayat yang membincangkan perkara-perkara
berkaitan dengan kepercayaan atau akidah, asas dan bimbingan akhlak manusia,
garis panduan bagi sesuatu hokum( individu, keluarga, masyarakat dan Negara ),
asas susunan ekonomi, asas politik dan asas ilmu pengetahuan (Ab Aziz, 2008).
Al–Quran merupakan sebuah kitab yang
menjadi petunjuk, penjelasan, peringatan, nasihat dan rahmat serta lain-lain
yang diturunkan oleh Allah SWT. Al–Quran mengandungi lebih 750 ayat yang
menjelaskan tentang ilmu sains dan teknologi. Kitab ini turut membicarakan
tentang alam tabi’i yang menjadi perkara asas dan utama dalam bidang sains dan
falsafah . A –Quran tidak menghalang manusia untuk berfikir dan berfalsafah,
bahkan menggalakkan manusia melakukan kajian dan berteori mengenai hakikat
sesuatu kejadian dalam alam ini. Hal ini dijelaskan dalam surah al-Dhariyat, Allah SWT berfirman :
![]() |
|||||||||||
FAKTA FAKTA SAINTIFIK DALAM AL-QURAN
Sains dan teknologi serta fakta-fakta saintifik
seperti proses kejadian manusia telah terkandung di dalam al-quran dan hadis.
Fakta-fakta Saintifik dalam Al-Quran.
l
Fakta-fakta
tentang alam tabii
Proses kejadian alam tabii.
PENCIPTAAN LANGIT
1. allah telah mencipta langit dan meniggikannya dan juga telah
menyempurnakan penciptaannya daripada unsur-unsur dukhan(asap)
2. Juzuk-juzuk yang terdiri daripada jirim dukhan telah menjadikannya kuat
dan kukuh.
3. Kemudian langit itu dijadikan
berlapis-lapis dan daripada unsur dukhan itu terbentuknya bintang dan langit.
Firman allah yang bermaksud:
"kemudian ia menunjukkan kehendaknya ke arah (bahan-bahan) langit
sedang langit itu masih berupa asap; lalu ia berfirman kepadanya dan kepada
bumi; "Turutlah kamu berdua akan perintahku, sama ada dengan suka rela
atau dengan paksa!" ke4duanya menjawab: "Kami berdua sedia
menurut-patuh dengan sukarela". (surah Fussilat: 11)
Al_Quran juga telah menggambarkan kepada kita keadaan langit yang
membuktikan tentang peristiwa Ira' dan Mikraj Nabi Muhammad SAW merentasi
langit melalui pintu-pintu yang dijaga oleh para malaikat menggambarkan alam
ini mempunyai tutupan lahiriah yang bersifat pepejal.
Firman allah yang bermaksud:
"Maka apakah mereka tidak melihat akan langit yang ada di atas mereka,
bagaimana kami meninggikannya dan menghiasinya dan langit itu tidak mempunyai
retak-retak sedikit pun".
(surah Qaf: 6)
Selain itu, terdapat juga ayat-ayat yang menggambarkan keadaan pencairan
yang berlaku kepada langit apabila suhu meningkat terlalu tinggi.
"Pada hari ketika langit seperti tembaga cair". (surah al-Maarij:
8)
KEJADIAN DAN PROSES
TERJADINYA AWAN
Awan memainkan peranan penting dalam proses kejadian air hujan kerana awan
menjadi penyebab kepada satu proses kondensasi (proses gas air berubah menjadi
cecair). Kondensasi hanya boleh berlaku pada permukaan butir-butir debu, garam
dan lainnya.
"Tidakkah kamu melihat bahawanya allah mengarahkan awan begerak
perlahan-lahan, kemudian dia mengumpulkan kelompok-kelompoknya, kemudian dia
menjadikannya tebal berlapis-lapis, maka kemudian kamu akan melihat hujan
keluar dari celah-celahnya dan Allah juga menurunkan hujan batu dari langit
dari gumpalan-gumpalan awan seperti gunung-gunung yang ada padanya: lalu dia
menimpakan hujan batu itu kepada sesiapa yang dikehendakinya, dan menjauhkannya
daripada sesiapa yang dikehendakinya....."(surah An-Nur: 43)
SETIAP
SESUATU DICIPTAKAN BERPASANG-PASANGAN
Al Qur’an yang berulang-ulang menyebut adanya pasangan dalam alam
tumbuh-tumbuhan, juga menyebut adanya pasangan dalam rangka yang lebih umum,
dan dengan batas-batas yang tidak ditentukan.
“Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan
pasangan-pasangan semuanya baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari
diri mereka maupun dari apa-apa yang mereka tidak ketahui.” [Yaa Siin 36:36]
Sejak awal keujudan manusia, manusia dapat perhatikan hubungan berpasangan ini telah wujud. Di mana lelaki pasanganya wanita, langit pasangannya bumi, matahari pasangannya bulan, siang pasangannya malam.
Di dalam Islam, kita turut diajar soal dosa pasangannya pahala, syurga dan neraka, syaitan dan malaikat.
KEJADIAN SIANG DAN
MALAM
Kejadian siang dan malam telah diterangkan dalam Al-Quran. Dari pandangan
mata kasar, boleh dikatakan siang akan mendahului malam atau malam akan
mendahului siang tetapi dalam al-quran menyatakan siang bukan mendahului malam
dan malam jugan tidak mendahului siang. Bukti dijelaskan dalam Al-Quran
antaranya;
Firman Allah
yang bermaksud;
"Sesungguhnya pada pertukaran malam dan siang silih berganti dan pada segala yang dijadikan allah s.w.t. di langit dan dibumi ada tanda-tanda (yang menunjukkan undang-undang dan peraturan allah) kepada kaum yang mahu bertakwa". ( surah Yunus:6)
"Sesungguhnya pada pertukaran malam dan siang silih berganti dan pada segala yang dijadikan allah s.w.t. di langit dan dibumi ada tanda-tanda (yang menunjukkan undang-undang dan peraturan allah) kepada kaum yang mahu bertakwa". ( surah Yunus:6)
Firman Allah
yang bermaksud:
"Ia menciptakan langit dan bumi dengan ada faedah dan gunanya yang sebenar: Ia pula menjadikan malam melingkari siang (dengan gelapnya), dan menjadikan siang melingkari malam (dengan cahayanya): dan Ia menjadikan matahari dan bulan beredar menurut perintahnya, - tiap-tiap satu dari keduanya beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan. Ingatlah! Dia lah Yang Maha Kuasa, lagi Yang sentiasa Mengampuni.'(surah Az-Zumar: 5)
"Ia menciptakan langit dan bumi dengan ada faedah dan gunanya yang sebenar: Ia pula menjadikan malam melingkari siang (dengan gelapnya), dan menjadikan siang melingkari malam (dengan cahayanya): dan Ia menjadikan matahari dan bulan beredar menurut perintahnya, - tiap-tiap satu dari keduanya beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan. Ingatlah! Dia lah Yang Maha Kuasa, lagi Yang sentiasa Mengampuni.'(surah Az-Zumar: 5)
PEREDARAN PLANET BUMI DALAM ORBITNYA MENGELILINGI MATAHARI
Allah SWT sentiasa menyebut ayat dalam al-quran mengenai kejadian langit
dan bumi agar menjadi iktibar dan teladan kepada manusia dan mengambil ibrah
atas keagungan Ilahi.Kalimah langit telah disebut berulang kali dalam
al-Quran,iaitu sebanyak 310 kali.Keadaan langit ini menunjukkan bahawa alam ini
dan saeluruh isinya bergerak dalam paksinya seperti yang ditetapkan oleh Allah
SWT.Sebenarnya, gunung ganang juga bergerak,sedangkan kita tidak
mengetahuinya.
PENCIPTAAN MATAHARI
Matahari merupakan bintang terdekat dengan Bumi dengan jarak purata 149,680,000 kilometer (93,026,724 batu). Matahari dan lapan buah planet membentuk Sistem Suria. Matahari mempunyai diameter 1,391,980 kilometer dengan suhu permukaan 5,500 C dan suhu teras 15 juta C. Matahari dikelaskan sebagai bintang kerdil jenis G. Cahaya daripada matahari memakan masa 8 minit untuk sampai ke Bumi dan cahaya yang terang ini boleh mengakibatkan sesiapa yang memandang terus kepada matahari, menjadi buta.Matahari merupakan satu bebola plasma dengan jisim sekitar 2 x 1030 kg. Untuk terus bersinar, matahari, yang terdiri daripada gas panas menukar unsur hidrogen kepada helium melalui tindak balas gabungan nuklear pada kadar 600 juta tan, dengan itu kehilangan empat juta tan jisim setiap saat. Matahari dipercayai terbentuk pada 5,000 juta tahun lalu. Kepadatan jisim matahari adalah 1.41 berbanding jisim air. Jumlah tenaga matahari yang sampai ke permukaan bumi dikenali sebagai pemalar suria menyamai 1.37 kilowatt semeter persegi setiap saat. Dalam fisika, suatu orbit adalah jalur yang dilalui oleh objek, di sekitar objek lainnya, di dalam pengaruh dari gaya gravitasi. Gravitasi melengkungkan ruang layaknya bola melengkungkan karet dan membuat benda di sekitarnya bergerak lurus di area lingkaran. Orbit pertama kali dianalisa secara matematis oleh Johannes Kepler yang merumuskan hasil perhitungannya dalam hukum Kepler tentang gerak planet. Dia menemukan bahwa orbit dari planet dalam tata surya kita adalah berbentuk elips dan bukan lingkaran atau episiklus seperti yang semula dipercaya.
l FAKTA-FAKTA
TENTANG KEJADIAN MANUSIA DAN PROSES KEJADIAN MANUSIA.
PENCIPTAAN
DAN KEJADIAN NABI ADAM A.S
Allah
menjelaskan kejadian dan rupa bentuk Nabi Adam a.s sbg sebaik baik
kejadian.Kebenaran tentang pernyataan ini terkandung di dalam al-Quran yg
menyatakan dgn jelas dan menggunakan beberapa istilah tentang manusia.
l Air
l Drpd
tanah/debu
l Pati
tanah
l Tanah
liat
l Tanah
yang keras spt tembikar
l Tanah
bumi
PENCIPTAAN
HAWA
Sesuatu
makhluk diciptakan berpasangan.Maka Allah ciptakan hawa;
PENCIPTAAN
ZURIAT ADAM
l FAKTA-FAKTA
TENTANG KEJADIAN HAIWAN DAN ALAM FAUNA
1.
LABAH-LABAH
2.
LEBAH
3.
FAUNA
Labah-labah
LEBAH
“Dan Rabbmu mengilhamkan kepada lebah: ‘Buatlah sarang-sarang di
bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang dibikin manusia.’
(QS. 16:68) Kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah
jalan Rabbmu yang telah dimudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu keluar
minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat obat yang
menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar
terdapat tanda (kebesaran Rabb) bagi orang-orang yang memikirkan. (QS. 16:69)” (an-Nahl: 68-69)
FAUNA
Sesungguhnya
Allah jualah yang membelah (menumbuhkan) butir (tumbuh-tumbuhan) dan biji
(buah-buahan). Ia mengeluarkan yang hidup dari yang mati, dan mengeluarkan yang
mati dari yang hidup. Yang sedemikian itu kekuasaannya ialah Allah. Maka
bagaimanakah kamu dipalingkan dari menyembahNya (oleh benda-benda yang kamu
jadikan sekutuNya)?
Fungsi
tumbuh-tumbuhan bagi haiwan dan manusia;
l Sumber
makanan untuk haiwan dan manusia
l Menyejukkan
muka bumi drpd kehangatan matahari
l Menghalang
dari berlakunya hakisan tanah dan banjir
l Hasil
pendapatan manusia
l Ubat-ubatan
kepada manusia khususnya herba-herba
l Membekalkan
gas oksigen kpd kehidupan dan menyingkirkan gas karbon dioksida drpd atmosfera
l Punca
untuk mengindahkan dan menceriakan alam ini
Dan bumi
ini Kami bentangkan, dan Kami letakkan padanya gunung-ganang yang kukuh
terdiri, serta Kami tumbuhkan padanya tiap-tiap sesuatu yang tertentu
timbangannya.
KONKLUSI
Setelah meneliti dan mengkaji serta menyelidik buku
Sains dan Kejuruteraan dalam Islam Bab 3 ( wahyu sebagai sumber sains dan
teknologi dan kejuruteraan ) cetakan Percetakan sdn. bhd. hasil karangan Mohd
Azli Adnan, Asnuurien Najma Ahmad dan Azman Ab Rahman, kita dapati bahawa
masyarakat kontemporari memperoleh semua ilmu pengetahuan daripada pelbagai
sumber tetapi semua ilmu itu berasal daripada Allah SWT yang maha mengetahui
dan maha bijaksana. Hal ini dapat dijelaskan dan dibuktikan dengan pelbagai kejadian alam semesta yang mematuhi
peraturan dan secara tidak langsung, Sebenarnya dikawal oleh pentadbir yang
maha agung.setiap perkara yang diciptakan oleh Allah SWT mempunyai objektif
yang tersendiri.penciptaan setiap perkara di langit dan di bumi telah
dijelaskan secara terperinci melalui wahyu yang diturunkan di dalam al-quran
dan hadis.hal ini merangkumi seluruh aspek termasuklah ilmu berkaitan sains, teknologi
dan kejuruteraan. Sebagai seorang muslim, seharusnya cakna dengan setiap fakta
yang terkandung di dalam Al-Quran dan Hadis. Setiap kajian yang dilakukan
haruslah selari dengan garis panduan yang terdapat Al-Quran dan hadis. Gabungan
bersepadu antara ilmu sains,teknologi dan kejuruteraan berteraskan Al-quran dan
Hadis dapat dilestarikan dengan mantap dan berkesan serta memperoleh keredaan
Allah SWT. Dengan konklusi yang telah dirumuskan sebentar tadi,Tamatlah folio
kami untuk Bab 3 pada kali ini.
Lampiran.
-
Buku Sains Teknologi
dan Kejuruteraan dalam Islam.
Comments
Post a Comment