JABATAN
: JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL
PROGRAM
: DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKATRONIK
KOD
& KURSUS : DUA 2012 – SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM .
AHLI
KUMPULAN:-
:
NOR FATIN HIDAYAH BINTI MOHAMMAD
(06DEM17F1001)
:
NUR ISMIDILITA AZLIN BINTI ISMA HALID
(06DEM17F1035)
:
NURUL AISYAH BINTI HAMALUDIN
(06DEM17F1041)
:
NURUL IZZATI BINTI MOHD SHARIF
(06DEM17F1056)
KELAS
: DEM 2 S2 ( SESI DISEMBER 2018 )
NAMA
PENSYARAH : USTAZ SUHAIMI BIN SAMAD
PENGHARGAAN
Alhamdulillah , segala puji bagi Allah .
Syukur kami panjatkan kehadrat illahi kerana dengan izinnya kami mampu
menyiapkan e-folio ini yang bertajuk “PRINSIP SYARIAH DAN ETIKA ISLAM DALAM
SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN” dalam
tempoh masa yang ditetapkan . Salawat dan salam keatas junjungan mulia Nabi
Muhammad SAW , kerana usaha baginda kita dapat hidup dalam nikmat iman dan
islam .
Jutaan
terima kasih kepada pensyarah kami iaitu, Ustaz Suhaimi bin Samad dalam subjek
DUA 2012 – SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM kerana telah banyak
memberi kami tunjuk ajar kepada kami untuk membuat folio ini . Tidak lupa juga
kami berterima kasih kepada ibu bapa kami yang telah memberi kami dorongan
serta motivasi untuk kami mencapai cita-cita kami serta melaksanakan tugas ini dengan jayanya .
Akhir
sekali kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan sepejuangan
di politeknik port dickson dan ahli kumpulan saya kerana telah memberi sokongan
dan kerjasama yang amat memberangsangkan
yang telah diberikan . Untuk pengetahuan semua , kami melakukan tugas ini
dengan bantuan buku teks sains teknologi dan kejuruteraan dalam islam hasil
ciptaan Mohd Azli Adnan , Assuurien Najma Ahmad dan Azman Ab Rahman . Semoga
Allah SWT dapat membalas jasa kalian semua, Amin .
PENGENALAN
Individu
atau komuniti yang beretika dan cemerlang secara tidak langsung akan mendapat
ganjaran dan manfaat daripada sistem
etika yang diamalkannya. Tegasnya ,orang yang berakhlak ialah seseorang yang
mendisiplinkan dirinya dengan berpakaian sempurna, iaitu dengan menutup aurat
. Ibarat ‘besi itu hina kerana karatnya , namun manusia bukan hina kerana
miskin ,akan tetapi manusia menjadi hina kerana akhlaknya dan etikanya’.
Perumpamaan
itulah yang dikaitkan dengan prinsip dan etika dalam sains dan teknologi serta
kejuruteraan yang diterapkan dalam islam. Seorang saintis muslim yang hebat
kerana ilmunya menjadikan akhlak mulia sebagai matlamat utama dalam sesuatu
kajian dalam sains . Etika pula berkait rapat dengan tingkah laku ilmuwan yang
mengakui bahawa dirinya lebih kerdil berbanding dengan alam, apatah lagi dengan
Pencipta alam ini .
Sebagai
contoh , seorang ahli perubatan seperti doktor akan melaksanakan tugasnya
dengan penuh keikhlasan, bertanggungjawab, beretika, berdisiplin serta
menjaga nama baik pesakit yang dirawatnya . Seorang saintis pula akan
menggunakan pengetahuannya untuk kesejahteraan ummah . Ahli akademik akan
menjadikan kerjayanya sebagai tugas mulia yang bertujuan untuk menyampaikan
ilmu kepada generasi yang lain . Sementara ahli ekonomi mencari penyelesaian
agar masyarakat bebas daripada penindasan ekomoni dengan penuh keikhlasan .
4.1
PRINSIP SYARIAH DALAM SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN
·
Syariah (bahasa
arab) bermaksud aliran ( mazhab ) dan
jalan yang lurus.
Firman
Allah SWT dalam surah Al-Jathiyah ialah :-
Maksudnya:
“Kemudian
Kami jadikan engkau (Muhammad) mengikuti syariat-syariat
(peraturan)
daripada agama itu , maka ikutilah (syariat itu)dan janganlah engkau
Ikuti
keinginan orang yang tidak mengetahui.”
(
Surah al-Jathiyah 45:18)
·
Syara’ pula bermaksud
mencipta atau menjelaskan.
·
Syariah (segi bahasa)
ialah kata nama terbitan daripada kata kerja syarak yang bermaksud menetapkan
atau menerangkan jalan.
·
Kalimah Syariah pula
membawa bermaksud jalan yang terang.
Ö Segala
hukum ini dipanggil syariah kerana satu sumber yang lurus dan sistemnya tidak
menyimpang daripada matlamat.
Ö Kewujudan syariat bukan bertujuan menyusahkan
tetapi syariat perlu dipatuhi bagi mencapai kesempurnaan hidup di dunia dan
akhirat .
Ö Bermula pada zaman Rasulullah SAW , baginda
berpegang kepada dua sumber iaitu al-Quran dan hadis . Ringkasnya,
kaedah-kaedah syariat ini sudah pun dimantapkan dan dasar-dasarnya pula
ditegakkan dan disempurnakan pada zaman Rasulullah SAW dan wajib diterapkan
sehingga kini.
Ö Syariah
mempunyai keistimewaan tersendiri. Antara nya bersifat syumul, lengkap dan
sempurna iaitu syariah mengatur semua urusan hidup manusia yang merangkumi
urusan manusia dengan Allah SWT, urusan manusia sesama manusia dan urusan
manusia dengan makhluk-makhluk lain .
Ö Keunggulan syariah terbahagi kepada lima:
1. RABBANIAH
( KETUHANAN )
Ø Keunggulan
yang pertama ini menjelaskan dalam syariah Islam diciptakan dan disusun sendiri
oleh Allah SWT .
Ø Peranan
manusia hanyalah sekadang memahami, memperkembang dan melaksanakannya sebaik
mungkin dalam kehidupan .
Ø Alam
yang terbentang luas dan segala khazanah di dalamnya boleh diterokai dengan
mematuhi peraturan Allah SWT.
Ø Setiap
kajian dan ciptaan hendaklah bermatlamatkan pengabdian diri kepada Allah SWT,
dan menginsafi keagungan-Nya.
Ø Allah
mengajak kita berfikir dan memerhatikan proses pengaliran udara secara
aerodinamik bagi seekor burung helang .
Firman Allah SWT
mengenai burung ini dapat dilihat dalam
surah Al-Mulk
:-
maksudnya :
“Tidakkah mereka
memperhatikan burung-burung yang mengembangkan dan menguncupkan sayapnya di
atas mereka?
Tidak
ada yang menahannya di udara selain Yang Maha Pengasih. Sesungguhnya Dia Yang
Maha Melihat segala sesuatu .”
(Surah
Al-Mulk 67:19)
1. WASATIAH
( KESEDERHANAAN )
©
Islam menolak semua
unsur-unsur ekstremisme dalam kehidupan mereka .
©
Kesedehanaan dalam
syariat memberi makna segala hukum-hakamnya yang bersifat sederhana.
©
Sifat kesederhanaan ini
sesuai dengan fitrah manusia.
©
Umpamanya, Allah SWT menyuruh
manusia makan & minum daripada sumber yang baik dan halal, namun pada masa
yang sama Allah SWT mengingatkan manusia agar tidak melampaui batas.
©
Tindakan melampaui
batas merupakan sesuatu yang membahayakan diri manusia.
©
Sikap melampaui batas
akan menyebabkan seseorang berasa susah.
©
Amalan hidup sederhana
merupakan ajaran agama bukan sahaja Islam malah semua agama.
©
Selain itu,
kepenggunaan lestari juga perlu mementingkan alam sekitar walaupun kemajuan
sains dan teknologi hari ini amat tinggi .
©
Dalam konsep
kesederhanaan hari ini, banyak barang dan perkhidmatan mesra alam yang
mematuhi pelbagai piawaian alam sekitar telah diwujudkan .
©
Hal ini memudahkan
pengguna membuat pilihan supaya dapat membantu melestarikan alam sekitar.
2. TAWAZUN
( KESEIMBANGAN )
v Tawazun
bermaksud ajaran Islam memberikan perhatian kepada semua aspek kehidupan
manusia .
v Islam
tidak membenarkan umatnya mementingkan diri sehingga mengabaikan kepentingan
masyarakat .
v Islam
juga tidak menggalakkan umatnya mementingkan aspek kerohanian semata-mata
sehingga mengabaikan aspek jasmani atau kebendaan .
v Begitu
juga sebaliknya , umat islam tidak dibenarkan mencari rezeki sehingga
mengabaikan kepentingan beribadat kepada Allah SWT .
v Islam
memerintahkan agar kesemua aspek dalam kehidupan manusia digabungkan dalam satu
keadaan supaya seimbang .
v Keseimbangan
dalam syariat bermaksud keperluan
manusia di dunia dan di akhirat seimbang dari segala aspek kehidupan .
v Keseimbangan
dimaksudkan dalam sains , teknologi dan kejuruteraan menurut islam ialah setiap
kemajuan saintis , teknorat dan jurutera perlulah seimbang dalam menyediakan
keperluan manusia dan masyarakat hari ini .
3. 1. MIZAN
( KESETERAAN )
©
Mizan bermaksud
kesetaraan dalam syariat dapat dilihat dalam hukum-hakam yang memberikan nilai yang selayaknya bagi
sesuatu perkara .
©
Kesetaraan dalam
syariat menuntut agar segala tindakan yang dilaksanakan hendaklah meraikan
keperluan dunia dan akhirat .
©
Setiap perkara yang
dilakukan perlu ditimbang agar hukum-hakam tidak menjadi korban atas nama
penyelidikan dan pembangunan .
©
Setiap perkara yang
dilakukan hendaklah mengambil dira item-item yang digunakan itu benar menurut
sukatan atau had yang ditentukan oleh syariat .
2. THABAT
DAN MURUNAH ( TETAP DAN ANJAL )
©
THABAT bermaksud tetap
atau tidak berubah . Dalam konteks ajaran islam , perkara yang telah tetap dan
tidak boleh dipinda dan diubah-ubah dasar, prinsip dan perlaksanaannya .
©
Konsep thabat adalah aspek adalah aspek akidah
dan hukum-hakam amaliyyah yang dinyatakan
secara qat’i (pasti) dalam al-Quran
dan sunnah .
©
Konsep al-thabat dalam aspek syariah dapat
dilihat dari segi hukum-hukum yang tidak berubah seperti yang diperintahkan
oleh Allah SWT .
©
Selain itu , hukum
jenayah yang diwajibkan dalam al-Quran
dan hadis seperti hukum hudud dan qisas tidak boleh diubah-ubah .
©
Perkara-perkara ini
ditentukan secara qat’i dan tidak mungkin akan berubah sampai
bila-bila .
©
Perkara-perkara seperti
inilah yang termasuk dalam konsep al-thabat.
©
Al-Murunah
(anjal ) bermaksud selain daripada
perkara-perkara pokok dan dasar yang tidak boleh berubah , terdapat juga
perkara-perkara yang bersambung kait yang boleh berubah .
©
Agama islam yang
diturunkan oleh Allah SWT sentiasa sesuai dan bersifat senang untuk diamalkan .
©
Islam mementingkan
kemudahan dan tidak sesekali menyukarkan umatnya dalam mengamalkan segala
ajarannya.
©
Sebagai contoh , solat
adalah wajib bagi setiap umat islam . Walau bagaimanapun , dengan kewujudan
sains dan teknologi , sesiapa yang mengalami masalah sakit lutut jika solat
berdiri ada pengubatnya iaitu dengan menggunakan sapuan gel berubat yang telah
diciptakan saintis hari ini sudah mampu membuat seseorng yang mengalami sakit
lutut itu tadi dapat solat berdiri .
©
Hal ini menunjukkan
agama islam tidak statik sebaliknya bersifat anjal , islam itu mudah .
©
Jelaslah anjal menurut
syariah terlihat dalam aspek hukum-hakamnya yang tetap untuk umatnya .
©
Tiada berlakunya
sebarang perubahan hukum kecuali ada keperluan syar’i untuk menggunakannya
.
©
Kelonggaran ini hanya
berlaku seandainya tiada pilihan lain bagi mengubati penyakit berbahaya atau
ketika darurat sahaja .
©
Kemutlakan dalam hukum
diperlukan bagi memelihara kesucian prinsip syariat dan keanjalan wajar
dilakukan bagi meraikan sifat kehidupan manusia yang sentiasa berubah dan
dinamik .
4.2 PERANAN SYARIAH ISLAMIAH DALAM SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN
Syariah adalah satu - satunya manhaj
atau jalan yang benar dan lurus . Manhaj yang dapat mengawal manusia daripada
tergelincir dan terseleweng . Syariah menjadi panduan dalam segala kegiatan
manusia termasuklah dalam segala aktiviti sains dan teknologi.
1.
Membawa
manusia kepada mentauhidkan Allah SWT
Peranan utama syariah Islamiah adalah
untuk memelihara nilai agama serta pelaksanaannya. Sebarang elemen yang boleh
menggugat kesucian agama hendaklah dicegah sebelum ianya berlaku. Andaikata
sudah berlaku , maka hukuman yang sewajarnya bagi tujuan siksaan dan didikan
dilaksanakan. Pensyariatan hukuman dan perundangan dalam syariah Islam akan
mengambil kira kesannya kepada kemuliaan dan kesucian agama. Syariah Islam
menetapkan sebarang kajian, ciptaan dan hasil sains teknologi dan kejuruteraan
hendaklah memberikan kebaikan untuk memelihara agama. Sebarang penyelidikan dan
kemajuan dari sudut sains dan teknologi yang dilakukan oleh manusia akan
membawa kepada satu kesimpulan iaitu kewujudan Sunnatullah ( the law of nature
). Menjaga agama merupakan perkara paling utama bagi setiap individu.
Namun begitu , Islam telah menetapkan
beberapa syarat supaya teknologi yang sedia ada tidak digunakan untuk kearah
yang salah .
Contohnya
daripada sudut Penciptaan & Penciptaan Kosmetik Alaf Baru :
1 . Di dalam Islam , seseorang umat
Islam itu di haruskan untuk kelihatan kemas tetapi tidak boleh menggunakan
kecantikkan secara berlebihan sehingga mendatangkan banyak andaian yang salah
dan boleh menjatuhkan Islam .
2.
Membentuk
Muslim sejati dalam kehidupan
Syariat Islam menetapkan pemeliharaan
maruah atau harga diri merupakan perkara penting dalam kehidupan manusia .
Segala kajian yang melibatkan sains teknologi dan kejuruteraan hendaklah
mengambilkira kepentingan maruah umat . Tindakan yang membelakang umat boleh
mengundang kerosakan dan masalah besar .
Contohnya
daripada sudut Penciptaan & Penciptaan Kosmetik Alaf Baru :
1 . Penggunaan botox pada zaman sekarang
banyak telah disalahgunakan untuk kecantikkan sehingga ada yang merubah bentuk
muka yang sedia ada untuk kelihatan lebih cantik sedangkan di dalam Islam ,
seseorang umat itu tidak digalakkan untuk berlebihan di dalam kecantikkan .
Namun begitu , botox dibenarkan untuk digunakan bagi yang benar-benar
memerlukan . Seperti kulit melecur akibat insiden kebakaran . Di dalam kes ini
, botox boleh digunakan untuk merawat bahagian kulit yang teruk melecur untuk
mengelakkan fitnah dan menjatuhkan maruah diri , keluarga dan agama .
3.
Membawa
manusia kepada memelihara nyawa
Nyawa merupakan milik mutlak Allah yang
wajib dihargai dan disyukuri . Sebarang tindakan membunuh diri sendiri atau
orang lain adalah haram kecuali membunuh atas sebab yang dibenarkan oleh syarak
.
Contohnya
daripada sudut Penciptaan & Penciptaan Kosmetik Alaf Baru :
1 . Dalam penggunaan botox , terdapat
sesetengah pengguna yang terlalu obses dengan botox sehingga mereka melakukan
pembedahan kosmetik secara berulang kali yang boleh mempetaruhkan nyawa .
Sedangkan pembedahan tersebut sudah diketahui oleh semua orang bahawa ianya
boleh membawa bahaya kepada diri jika diambil terlalu kerap .
4.
Memelihara
akal dengan membawa manusia kepada kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat
Akal merupakan anugerah utama bagi
komponen tubuh badan manusia . Kekuatan akal yang mampu berfikir secara maksima
menyamai kemampuan ribuan komputer . Islam melarang segala perbuatan yang boleh
menyebabkan berlakunya kerosakkan pada akal .
Contohnya
daripada sudut Penciptaan & Penciptaan Kosmetik Alaf Baru :
1 . Seperti mengambil bahan kosmetik
yang berlebihan sehingga menimbulkan riak dalam diri kerana telah merubah
bentuk fizikal kepada lebih cantik daripada asalnya .
2 . Penggunaan kosmetik seperti botox
juga memberikan tindak balas tidak sihat kepada akal kerana di dalam botox
terdapat bahan-bahan kimia yang tidak elok kepada manusia .
5.
Melahirkan
masyarakat yang harmoni dan seimbang
Syariat Islam dengan tegas memutuskan
untuk mengharamkan apa jua bentuk tindakan yang boleh merosakkan keturunan
samada secara langsung atau tidak . Keingkaran dan ketidakpatuhan manusia
kepada syariah telah mengakibatkan banyak masalah kepada diri , keluarga dan
masyarakat sekeliling .
Contohnya
daripada sudut Penciptaan & Penciptaan Kosmetik Alaf Baru :
1 . Penggunaan botox yang boleh merubah
wajah boleh menyebabkan penceraian rumah tangga . Hal ini demikian kerana
apabila pasangan suami isteri mendapat anak , si suami akan mendapat tahu
perbezaan yang ketara pada wajah anak dan ibunya . Penceraian juga boleh tejadi
kerana ianya boleh merosakkan keturunan secara tidak langsung . Demi memelihara tamadun manusia , Al-Quran
telah menjelaskan aspek penghukuman yang tegas terhadap umat yang menambah
perhiasan yang berlebihan dan boleh merubah bentuk fizikal yang sedia ada.
6.
Menegakkan
dan menjadikan panduan dalam pembangunan teknologi
Syariat Islam dengan tegas mengharamkan
segala perbuatan yang boleh memudaratkan harta seseorang .
Contohnya
daripada sudut Penciptaan & Penciptaan Kosmetik Alaf Baru :
1 . Seperti melakukan pembaziran untuk
membuat pembedahan wajah untuk kelihatan lebih cantik sedangkan wajah yang
telah dikurniakan oleh Allah SWT sudah memadai .
2 . Harta yang dikumpul juga berhak
untuk mendapat keberkatan . Matlamat menjadi kaya bukanlah untuk merubah wajah
dan berlebihan dalam kecantikkan sedangkan harta tersebut boleh disedekahkan
kepada insan yang lebih memerlukan . Hal ini dipandang tinggi dalam kalangan
masyarakat supaya harta yang dikumpul tidak dibazirkan ke arah yang salah .
Penggunaan kosmetik boleh digunakan menggunakan harta yang ada tetapi tidak
boleh berlebihan sehingga berlaku pembaziran dan merubah bentuk fizikal yang
sedia ada .
4.3 Pelaksanaan syariah
islamiah dalam kalangan sains teknologi dan kejuruteraan
o Penerapan
islam membawa manusia untuk lebih mengenali allah swt.
o Segala
bentuk kefahaman syariat dalam saintis dan juga golongan teknokrat perlu kukuh
demi mencapai objektif dan matlamat dalam perlaksanaan syariat tersebut.
o Pencampuran
sesuatu halal dan haram adalah dalam perlaksanaan sesuatu produk atau apa-apa
juga bentuk hasil tidak boleh berlaku kerana segala kaedah yang digunakan
hendaklah bersandarkan syariat islam walaupun untuk tujuan pembangunan dan
kemajuan.
1. Mengutamakan
yang utama
·
islam menjadikan awlawiyat atau keutamaan
dalam melaksanakan sesuatu perkara supaya sempurna dan baik.
·
Maksud yang ingin
dismpaikan mengenai mengutamakan itu sebagai perkara yang perlu didahulukan
berbanding dengan keperluan.
·
Dapat dijelaskan bahawa
tugas seorang doctor adalah mengelakkan sesuatu kemudaratan pesakit demi
mencari kemashalatan(membantu menyelamatkan pesakit)adalah sangat diutamakan.
·
Dengan mendahulukan
sesuatu perkara yang wajib iaitu solat adalah lebih utama daripada perkara yang
tidak atau kurang penting yang sedang dilaksanakan pada ketika itu.
·
Islam mengajar umatnya
agar mengutamakan kepentingan ramai adalah wajar didahulukan daipada
mendahulukn kepentingn individu itu sendiri.
·
Sebarang kegiatan dalam
bidang sains,teknologo dan kejuruteraan perlulah memberikan keutamaan kepada
memelihra peranan syariah dalam sains dan teknologi.
2. Matlamat
tidak menghalalkan cara
·
Islam mengakui tetang
keperluan untuk membuat kajian terhadap alam dan setiap kejadian dan penciptaan
oleh allah swt.
·
Manusia dibenarkan
untuk meneroka daratan,lautan dan ruang udara bagi tujuan pengimarahan alam.
·
Syariat menegaskan
bahwa setiap operasi untuk menghasilkan ciptaan dan rekaan hendaklah
menghormati peraturan dan etika islam.
·
Dalam pengklonan
manusia secara parthenogenesis,kaedah-kaedah tersebut adalah haram menurut
hokum fiqah kerana bercanggah dengan fitrah yang allah swt ciptakan(Shahrul
Hisham,2011).
·
Matlamat yang diingini
bertentangan dengan prinsip dan hukum berdasarkan syariat islam.
3. Melaksanakan
kajian menepati syariat
ü Pelaksanaan
syariat dalam sains teknologi dan kejuruteraan mengutamakan nilai keagamaan
yang lebih focus kepada etika dan adab dalam usaha membangunkan alam.
ü Sebarang
ciptaan,penemuan,kajian dan penyelidikan sewajarnya mengambil kira tentang
kepentingan prinsip dan etika syariat islam.
ü Kegagalan
untuk mematuhi prosedur ini akan menyumbang kepada ketidakstabilan dan
kepincangan pengurusan alam.
ü Sesuatu
proses kerja ataupun aktiviti yang hendak dibngunkan perlu melihat kepentingan
prinsip syariat islam.
4. Mencegah
lebih baik daripada mengubati
v Syariat
islam menetapkan prinsip pencegahan adalah menjadi keutamaan dalam perlaksanaan
sesuatu pekerjaan.
v Prisip
percegahan yang diminta oleh syariat islam adalah untuk menolak dan mengelak
berlakunya kerosakan.
v Sebagai
contoh islam mengharamkan perbuatan zina.
v Islam
meletakkan keimanan dan ketaatan kepada allah swt sebagai matlamat dan dasar
dalam setiap aktiviti termasuklah mengenai pengurusan maklumat.
v Kebebasan
dalam menyalurkan dan mengakses sebarang maklumat daripada sumber yang terbuka
luas bukanlah sesuatu kebebasan yang bersifat mutlak.
5. Akidah
diuatamakan, syariat didahulukan
©
Akidah merupakan
tunjang bagi terbentuknya insan terbaik di sisi allah swt.
©
Syariat ialah peraturan
allah untuk menjadikan pnduan hidup bagi mengundang rahmat dan berkat.
©
Perlaksanaan
aktvitisains teknologi dan kejuruteraan haruslah mendahulukan akidah sebagai
teras perpaduan dan segala bentuk penyelidikan.
©
Pada masa yang sama,syariat
menjadi suatu keutamaan bagi seluruh perancangan,program dan hasil kajian yang
menepati kehendak syariat.
4.4 etika islam dalam
sains teknologi dan kejuruteraan.
ü Islam
merupakan sistem hidup ciptaan ilahi yang tidak bercampur aduk dengan pemikiran
manusia.
ü Justeru
itu, kritirea utama sistem ialah islam fitrah(suci),sempurna,teguh dan abadi.
ü Etika
islam akan menjadi panduan kepada pra saintis dan teknorat muslim.
ü Kepentingan
etika islam dalam bidang sains dan teknologi adalah untuk membentuk sahsiah
sesebuah ummah dan golongan saintis agar dapat dilaksankan dengan sempurna.
Etika dan tauhid
©
Segala perkara yang
dilakukan oleh seseorang individu muslin akan dihubungkaitkan dengan objektif
kehidupan dunia dan kehidupan di akhirat nanti
©
Apabila menyedari
bahawa manusia sentiasa diawasi oleh allah swt,seseorang individu akan dapat
merasa betapa pentingnya melakukan sesuatu tahap yang terbaik dalam mencapai
redha allah swt.
©
Jabatan perdana menteri
telah menyediakan panduan etika kerja dalam islam yang diedarkan kepada semua
penjawat awam dan swasta untuk mewujudkan pentadbiran dan pengurusan yang lebih
cekap dan berkesan.
Kesimpulan
Sebagai kesimpulan, islam diturunkan dengan prinsip-prinsip dan piawaian yang komprehensif untuk diguna pakai dalam apa-apa jua aspek sepanjang zaman. Segala pengkajian manusia menggunakan kebijaksanaan dan intelek yang dianugerahkan oleh Allah dapat merealisasikan prinsip dan falsafah dalam bentuk kehidupan yang sebenar. Walau bagaimanapun, kajian yang dilakukan perlulah berada pada landasan dan piawaian yang telah digariskan oleh Allah SWT sebagai pencipta yang Maha Mengetahui keperluan produk ciptaannya. Pelbagai maklumat negatif, palsu, berbaur fitnah dan virus serta pelbagai kesan yang timbul dalam masyarakat hari ini telah menunjukkan kecelaruan suasana dalam masyarakat yang bermula dengan masalah etika sendiri. Islam pula melihat persoalan etika sebagai hasil kejayaan dalam pemantapan dan perlaksanaan syariat.
Sebagai kesimpulan, islam diturunkan dengan prinsip-prinsip dan piawaian yang komprehensif untuk diguna pakai dalam apa-apa jua aspek sepanjang zaman. Segala pengkajian manusia menggunakan kebijaksanaan dan intelek yang dianugerahkan oleh Allah dapat merealisasikan prinsip dan falsafah dalam bentuk kehidupan yang sebenar. Walau bagaimanapun, kajian yang dilakukan perlulah berada pada landasan dan piawaian yang telah digariskan oleh Allah SWT sebagai pencipta yang Maha Mengetahui keperluan produk ciptaannya. Pelbagai maklumat negatif, palsu, berbaur fitnah dan virus serta pelbagai kesan yang timbul dalam masyarakat hari ini telah menunjukkan kecelaruan suasana dalam masyarakat yang bermula dengan masalah etika sendiri. Islam pula melihat persoalan etika sebagai hasil kejayaan dalam pemantapan dan perlaksanaan syariat.
Rujukan
Ø
Prinsipsyariahdanetikaislambab4.blogspot.com
Ø
Sainsteknologikejuruteraan98.blogspot.com
Ø
Najwasainsislam.blogspot.com
Comments
Post a Comment