JABATAN: JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL
PROGRAM: DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKATRONIK
KOD & KURSUS : DUA2012- SAINS
TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN ISLAM
KELAS: DEM2S2 (DISEMBER 2018)
NAMA PENSYARAH: USTAZ SUHAIMI BIN SAMAD
AHLI KUMPULAN:
-KHAIRUNNISA’IZZATI BINTI YUSNI (06DEM17F1027)
-NURUL SHAHIDA BINTI NOR ASIKIN (06DEM17F1004)
-UMI SYAKIRA BINTI MOHAMMAD YUSOFF (06DEM17F1034)
-NURUL AINA BINTI MOHD AZHAR (06DEM17F1061)
PENGHARGAAN
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah
SWT kerana dengan limpah kurnia dan izinNya dapatlah kami menyiapkan tugasan
untuk subjek Sains Teknolonogi dan Kejuruteraan dalam Islam.
Setinggi-tinggi penghargaan dan
terima kasih diucapkan kepada Ustaz Suhaimi bin Samad pensyarah JPA kerana
telah banyak memberikan bimbingan dan nasihat sehingga tugasan ini dapat
disiapkan. Penghargaan dan terima kasih juga, kami ucapkan kepada rakan-rakan
seperjuangan yang telah bnyak memberi sokongan dan bantuan bagi melengkapkan
tugasan projek ini.
Akhir
sekali, terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah membantu kami sama
ada secara langsung atau tidak langsung bagi menyiapkan tugasan projek
ini.Semoga Allah SWT memberikan balasan yang lebih baik. Amin
BAB 2
SAINS
TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM
PENGENALAN
Tradisi Islam adalah untuk melahirkan
para sainstis berteknologi Muslim yang beriman dan berakhlak. Islam menolak
kemajuan teknologi tanpa akhlak dan sains yang menolak spiritual. Sains dalam pandangan
Barat beranggapan sumber wahyu tidak diperlukan berasaskan prinsip logos dan
mitos. Logos ialah satu penemuan yang paling ampuh hasil daripada eksperimen,
manakala mitos pula umpama khayalan yang tidak wujud dan tidak dapat dibuktikan
secara dan konkrit
DEFINISI
Sains dan teknologi kejuteraan tidak
dapat dipisahkan dengan bidang ilmu dalam Islam. Dalam bidang sains, sains
ialah satu usaha manusia untuk menghuraikan sesuatu dengan tepat dan secara
kuantitatif mengenai alam tabii dan perjalannannya melalui pengamatan,
hipotesis dan eksperimen yang benar. Antara konsep dalam sains ialah hokum,
sebab dan akibat. Dalam hal ini, sains dan Islam sama-sama berpegang kepada
prinsip bahawa alam ini bersifat konseptual, iaitu sesuatu yang boleh difahami
dan dimengerti
SAINS
DARI ASPEK BAHASA DAN ISTILAH
Ø Perkataan sains berasal daripada bahasa inggeris
iaitu
science
-
Bahasa latin perkataan
ini dikenali sebagai scio,scire atau science yang bermaksud
pengetahuan
-
Berdasarkan Encarta
Encyolopedia sains ialah Systematized knowledge in any field, but
applied ususally to the organization of objectively verifiable sense experience
-
Sains menurut English
Oxford Dictionary ialah suatu cabang ilmu yangmengkaji sekumpulan penyataan
terbukti atau dengan fakta-fakta yang ditinjau dan disusun secara bersistem
serta dihimpun dalam bentuk-bentuk hokum-hukum umum.
-
Sains dalam skop yang
luas bermaksud ilmu-ilmu yang diperolehi secara sistematik berdasarkan
pengalaman deria yang dapat dibuktikan secara objektif.
-
Selain itu, sains juga
dapat didefinisikan sebagai satu ilmu yang dihasilkan melalui proses cerapan (
iaitu analisis dengan menggunakan pacaindera) serta fahaman yang dilahirkan
Ø Sains
dari aspek istilah ialah suatu ilmu yang dihasilkan secara cerapan dan fahaman
ataupun huraian yang sistematik mengenai sesuatu kejadian tabii atau alam
semula jadi yang berlaku melibatkan penggunaan intelek di samping kaedah yang
dapat diukur (kuantitif)
-
Sains juga adalah suatu
ilmu yang diperolehi secara metodologi sainstifik (Hairudin Harun , 2007)
-
Selain itu, sains ilmu
adalah ilmu mengenai kajian yang yang rasional dan empirical yang tidak
berkaitan dengan wahyu, intuisi, emosi, dan perkara-perkara agama.
SAINS DARI ASPEK KEILMUAN ISLAM
Ø Sains
islam berasakan wahyu dan akal
Ø Bidang
ini menjadikan wahyu sebagai sumber rujukan tertinggi kerana wahyu dating
daripada Allah SWT tanpa batasan, sedangkan akal ialah perkara yang terbatas
Ø Sains
dalam Islam ialah sains yang berkonsepkan tauhid yang mematuhi prinsip-prinsip
yang ditetapkan oleh Allah SWT melalui rasul-Nya
Ø Selain
itu, satu maklumat atau fakta atau bukti bagi menjelaskan sesuatu kebenaran
Ø Sains
Islam dikaitkan dengan cabang ilmu pengetahuan yang sistematik bertitik tolak
daripada sesuatu sebab dan akibat yang bolehdiuji dan dikaji kebenarannya.
Ø Sains
Islam turut , menggabungkan unsur-unsur metafizik (ketuhanan) dan fizik, ilmu
aqli dan naqli serta ilmu intelek dan wahyu
SAINS DALAM ISLAM MERANGKUMI
TIGAKATEGORI
TEKNOLOGI DARI ASPEK BAHASA DAN ISTILAH


KEADAAN-KEADAAN
TEKNOLOGI
PENGGUNAAN PELBAGAI SUMBER SEPERTI
PENGETAHUAN, KEMAHIRAN, PROSES, TEKNIK, PERALATAN DAN BAHAN UNTUK
MENYELESAIKAN MASALAH
|
TEKNIK-TEKNIK YANG MELIPUTI KAEDAH,
BAHAN-BAHAN, PERALATAN DAN PROSES-PROSES UNTUK MENYELESAIKAN
|
PENGGUNAAN BERBAGAI-BAGAI KAEDAH DAN
TEKNIK PEMBUATAN BARANG ATAU PERKHIDMATAN YANG DIHASILKAN MELALUI REKAAN
SAINS UNTUK MENYELESAIKAN MASALAH
|
TEKNOLOGI DARI ASPEK KEILMUAN ISLAM




TEKNOLOGI INI MERUJUK KEPADA DUA KEMAHIRAN IAITU :


KEJUTERAAN DARI ASPEK BAHASA





KEJUTERAAN DARI ASPEK KEILMUAN ISLAM








CIRI-CIRI SAINS ISLAM



CIRI-CIRI SAINS ISLAM:





KEAGAMAAN








SAINTIFIK



UNIVERSAL





BERSEPADU






HARMONI





PERANAN SAINS TEKNOLOGI
DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM
1. Membantu
manusia mengenali Allah SWT sebagai pencipta alam
a)Ayat
al-Quran banyak menyebut dan menggalakkan manusia untuk berfikir, menyelidik
dan mengkaji alam
b)Kewujudan
alam ini adalah sebagai tanda kewujudan dan kebesaran Pencipta
c)Islam
menetapkan bahawa sebarang perkara yang melibatkan kajian sains hendaklah
berada dalam kerangka dan panduan syariat bagi tujuan kebaikan manusia
d)Dapatan
sains Islam menjadikan saintis lebih dekat kepada Allah SWT dan sebaliknya
dapatan sains Barat lebih menjadikan manusia bongkak dan jauh dariapada Allah
SWT
e)Teknologi
dan kejuruteraan Islam lebih mendidik hati dan fikiran manusia tentang
keagungan Allah SWT melalui kecanggihan sesuatu ciptaan manusia, sementara
teknologi dan kejuruteraan Barat sekadar untuk menunjukkan kehebatan daya fikir
manusia untuk kepentingan diri
2. Membantu
manusia supaya bertafakur
a)Penyelidikan sains teknologi dalam Islam membawa
seseorang kepada sifat-sifat tafakur dan memberi kesedaran kepada manusia
melalui penggunaan akal
b)Penyelidikan sains melalui wahyu-wahyu membawa
kepada penerimaan kebesaran Allah SWT serta gabungan wahyu dan akal merupakan
kelebihan sains Islam
3. Membantu
pelaksanaan syariat
Kajian sains dan teknologi dalam Islam adalah
didorong oleh kepentingan dalam pelaksanaan syariat Islam. Pelaksanaan syariat
akan berjalan lancer sekiranya masyarakat Islam membangunkan suatu peraturan
dalam perhubungan antara satu sama lain. Kepentingan untuk mengatur beberapa
hubungan ini boleh dilihat melalui hubungan manusia dengan Allah SWT, hubungan
manusia sesame manusia serta hubungan manusia dengan alam.
4. Menentukan
dan membuat ramalan tentang sesuatu perkara
Melalui hasil kajian sains, manusia dapat menentukan
tarikh dengan melakukan pencerapan, contohnya tarikh awal puasa, tarikh
perayaan dan lain-lain. Manusia juga dapat menggunakan akal dan pengetahuannya
untuk meramal perubahan cuaca.
5. Membugar
budaya berkarya dan berinovasi
Dengan mengkaji alam dan sains teknologi, secara
tidak langsung manusia dapat menghasilkan suatu karya dan mencipta sesuatu
melalui kajiannya.
6. Dapat
membantu manusia dalam memenuhi keperluan material dan kehidupan seharian yang
diperlukan
Penciptaan sains dan teknologi secara tidak langsung
memenuhi keperluan asasi manusia sperti makanan, tempat tinggal, pakaian,
pendidikan, perubatan, pengangkutan dan lain-lain. Selain itu, kehidupan
manusia menjadi lebih selesa serta dapat memenuhi keperluan dharuyiyat dan hajiyat manusia itu sendiri.
IMPAK/KESAN SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN
Jika dilihat, bidang sains, teknologi dan
kejuruteraan sebenarnya tidak boleh dipisahkan antara satu sama lain. Ilmu ini
juga sebenarnya mempunyai perkaitan antara dunia Islam silam dan masa ini.
Kemajuan teknologi kini merupakan sebahagian daripada matlamat dan kepentingan
hidup seseorang yang dapat memperkukuh keimanannya kepada Allah SWT. Dalam hal
ini, tidak dapat menafikan bahawa sains teknologi dan kejuruteraan sangat
penting, terutama pada dunia hari ini.
IMPAK PENGABAIAN SAINS DAN TEKNOLOGI KE ATAS UMAT
ISLAM
Sains
dan Teknologi merupakan satu keperluan kepada survival umat untuk
merealisasikan Islam sebagai satu system yang dinamik dan berdaya maju.
Kehebatan Islam terzahir dalam penghasilan produk dan tatacara tadbir urus yang
mengutamakan maksud syariat.
IMPAK PENGABAIAN MENGIKUT BIDANG
TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN
BIDANG
|
HURAIAN
|
Bidang Sosial
|
Ø
Umat Islam akan ketinggalan jauh
berbanding dengan umat dan bangsa lain yang lebih maju.
Ø
Umat Islam akan dipandang hina dan
diperkotak- katikkan oleh bangsa beragama lain.
|
Bidang Ekonomi
|
Ø Umat
Islam bergantung pada kuasa asing.
Ø Kebanyakan
penguasaan bidang ekonomi dan teknologi akan didominasi oleh bangsa asing.
|
Bidang Politik
|
Ø Umat
Islam akan ditindas dan seterusnya dijajah oleh bangsa dan agama lain.
Ø Umat
Islam menjadi masyarakat tidak berdikari untuk memimpin negaranya sendiri.
|
Bidang
Pendidikan
|
Ø Penerapan
dan pelaksanaan sains teknologi dan kejuruteraan akan terpisah daripada
nilai-nilai agama yang sebenar.
Ø Unsur-unsur
kesepaduan ilmu dengan agama sudah tidak wujud lagi.
Ø Pelaksanaan
sistem pendidikan yang dilaksanakan adalah secara dualisme.
|
Bidang Sains,
Teknologi dan Kejuruteraan
|
Ø Umat
Islam bergantung pada sains dan teknologi Barat yang akan menimbulkan masalah
kepada umat Islam sendiri.
Ø Memberi
keuntungan yang besar kepada dunia teknologi Barat sendiri.
Ø Umat
Islam semakin mundur dan malas untuk mencipta teknologi baharu yang boleh
digunakan oleh umat sejagat.
|
KEBAIKAN
DAN KEBURUKAN SAINS DAN TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN TERHADAP UMAT ISLAM MENGIKUT
BIDANG
PERTAHANAN
TEKNOLOGI
MAKLUMAT
KEBAIKAN:
-
Jalan dakwah terbuka
luas ( alternative medan dakwah)
-
Maklumat dapat dicapai
dengan pantas dan dapat berhubung antara satu sama lain tanpa sempadan.
-
Membolehkan semua
lapisan masyarakat mendapat maklumat dengan begitu mudah.
KEBURUKAN:
-
Generasi muda
terpengaruh dengan kelebihan teknologi.
-
Teknologi mengabaikan
nilai-nilai murni.
-
Pengubahsuaian terhadap
sesuatu fakta atau gambar akan berlaku.
BIO-TEKNOLOGI
PENGKLONAN
KEBAIKAN:
-
Memberi pengetahuan
baharu pada manusia
KEBURUKAN
:
-
Disalahgunakan oleh
pihak tertentu.
-
Menyimpang dari
landasan agama yang sebenar kerana menyalahi dan melanggar ciptaan Allah SWT.
PERUBATAN (STEM CELL)
KEBAIKAN:
-
Banyak kelebihannya
dalam membantu mengatasi pelbagai penyakit.
KEBURUKAN:
-
Penggunaan embryonic
stem cell bakal disalahgunakan untuk kegunaan pengklonan manusia.
TEKNOLOGI LASER
KEBAIKAN:
-
Menggantikan peranan
kabel dengan fiber optic untuk bidang komunikasi dan perindustrian.
-
Maklumat yang dihantar
adalah lebih cepat dan tepat serta meminimumkan kehilangan data.
KEBURUKAN:
-
Penyelewengan
penggunaan akan berlaku.
-
Mudah diubah suai oleh
golongan yang mahir dan pakar.
2.6 PENCAPAIAN TAMADUN ISLAM DALAM SAINS TEKNOLOGI
DAN KEJURUTERAAN
KEPERLUAN UNTUK
MENGKAJI SEJARAH DAN KAITANNYA DENGAN SAINS
TEKNOLOGI DAN
KEJURUTERAAN
1.Menjadi contoh dan teladan
à Kisah
para nabi dalam al-Quran bukan sekadar paparan, sebaliknya mengajak manusia
berfikir tentang pengalaman lalu sebagai teladan kepada generasi seterusnya.
2. Mengesahkan
kebenaran al-Quran
à Segala
kisah yang diceritakan di dalam al-Quran bertujuan mengesahkan bahawa al-Quran
ialah kitab yang diwahyukan oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW sebagai
panduan hidup manusia.
3. Satu
kaedah untuk manusia berfikir
à Bermula
dengan daya fikir dan disusuli dengan kefahaman, maka manusia akan menganalisis
setiap episod dalam sejarah sebagai bahan berfikir yang berstatus tindakan
berimpak dan membina motivasi manusia.
4. Untuk
membenarkan janji baik dan buruk daripada Allah SWT
à Jatuh
bangun serta berjaya atau gagalnya sesuatu perkara merupakan sebuah janji yang
ditepati Allah SWT.
TEKNOLOGI KAUM
TERDAHULU DAN PENGAJARAN DARIPADA PERISTIWA YANG BERLAKU
Kaum Terdahulu
|
Pencapaian
Teknologi
|
Balasan
Kealpaan
|
Kaum ‘Ad
(Kaum Nabi Hud)
|
• Pakar dalam membina bangunan yang tinggi-tinggi
tiangnya.
• Merupakan kaum yang sangat kuat dan kukuh dari
segi sistem pemerintahannya.
|
• Allah SWT telah membinasakan mereka kerana ingkar
kepada perintah-Nya.
• Allah membinasakan mereka dan bangunan-bangunan
yang tinggi dengan ribut kencang.
|
Kaum Thamud
(Kaum Nabi Soleh)
|
• Kepakaran dalam memahat batu-batu besar yang dapat
dilihat dilembah (Wadil-Qura, iaitu tempat tinggalnya).
|
• Mereka telah dibinasakan oleh Allah SWT dengan
satu letusan suara yang sangat menggemparkan pada waktu pagi.
• Mereka dibinasakan dengan petir yang sangat
dahsyat.
|
Teknologi
Firaun
|
• Kepakarannya pada masa itu adalah menguasai
bangunan-bangunan kukuh.
|
• Negeri mereka dibinasakan
• Kaum ini telah ditenggelamkan oleh Allah SWT
akibat kesombongan dan keingkaran mereka.
|
SEJARAH
SAINS DAN TEKNOLOGI PADA ZAMAN RASULULLAH SAW DAN ZAMAN KERAJAAN ISLAM
Kronologi Zaman
|
Pencapaian
|
Zaman Rasulullah SAW
|
• Meletakkan asas dalam sains dan teknologi
berdasarkan suluhan syariat.
• Sains yang berdasarkan ayat-ayat al-Quran dan
hadis.
• Sains Islam bertapak di Madinah dan Mekah.
|
Zaman Khulafa’ al-Rasyidin
|
• Perluasan wilayah sehingga ke Romawi dan Parsi.
Kemunculan persenjataan dan peralatan perang yang lebih efektif.
• Zaman pertembungan sains Islam dengan Yunani,
Parsi dan Romawi.
|
Zaman Kerajaan Umayyah
|
• Perkembangan ilmu sains sudah mula meluas.
• Terciptanya beberapa teknologi seperti perkapalan,
alat peperangan dan pertanian.
|
Zaman Kerajaan Abbasiyyah
|
• Munculnya Pusat Sains Islam di Baghdad.
• Munculnya cendekiawan muslim yang ramai.
|
Zaman Kerajaan Islam di Andalus
|
• Pusat-pusat
sains dan intelektual muncul di kota seperti Cordova, Granada dan Seville.
• Sains
teknologi dan kejuruteraan bertambah meluas dan berimpak tinggi.
|
TOKOH
ISLAM DAN SUMBANGAN MEREKA
TOKOH
ISLAM
|
SUMBANGAN
|
AL-RAZI
(865-925M)
• Zakaria
al-Razi dan di barat dikenali sebagai Rhazes.
• Dilahirkan
di Ray berhampiran dengan Taheran Parsi.
|
• Beliau
telah menghasilkan banyak karya.
• Karya
yang paling mahsyur adalah berkaitan penyakit campak dan cacar,iaitu
kitab al-Hawi, kitab yang paling terkenal ialah kitab Tib al-Mansur
dan kitab al-Tib al-Ruhani.
|
AB-RAHMAN
AL-SUFI(903-986M)
|
• Beliau
ialah tokoh dalam bidang astronomi.
• Ab
Rahman berjaya mengkatalogkan lebih daripada 1000 jenis bintang.
• Beliau
memperkenalkan nama-nama bintang ,iaitu al-ghurab(al-qorab),al-Dabara
(adbera),Agrab(acrab),al-Adi(al-Gedi),al-Tair (Altair) dan
Dhanah(Deneb)
|
YAQUB
IBNI ISHAQ AL-KINDI(800-873M)
• Abu
Yusuf Yaqub Ibn Ishaq al-Kindi.
• Dilahirkan
di kufah
|
• Beliau
hidup sezaman dengan saintis Islam hebat,iaitu al-Khawarizmi.
• Beliau
seorang yang pakar dalam bidang astronomi,falsafah,matematik, fizik khususnya
geometri,muzik dan saintis ulung pada ketika itu.
|
ABU
AL-NASR AL-FARABI(870-950M)
• Beliau
dilahirkan di perkampungan Farab,Turkistan dan berketurunan Farsi.
|
• Beliau
belajar sambil bekerja selama 41 tahun.
• Beliau
pakar dalam bidang sains,falsafah,mantik,sosiologi,perubatan,matematik dan
muzik.
|
ABU
RAIHANAL-BIRUNI(362-442H/973-1051M)
• Abu
Raihan al-Biruni.
• Dilahirkan
di luar Kota Khwarazm,Bandar Khiva pada tahun 362 H/973 M.
|
• Beliau
merupakan penuntut kepada Abu al-Wafa’.
• Antara
karya al-Biruni ialah kitab Al-Athar
al-Baqiy’ah,Al-Hind, dan Al-Tafhimim.
|
SUMBANGAN SAINS DAN TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN
KEPADA INSTITUSI INTELEKTUAL ISLAM
1.UNIVERSITI DAN INSTITUSI PENDIDIKAN
-wujudnya universiti-unversiti di wilayan
timur antaranya Universiti al-
Azhar,university di Andalus,contohnya Universiti Granada,Universiti
Cordova dan Universiti Seville
2.PERPUSTAKAAN
-Wujudnya Baitul Hikmah yang didirikan oleh Khalifah
Harun al-Rasyid di Baghdad.
Hasil sumbangan beliau,lahirlah golongan penterjemah yang mahir,agen
penukaran budaya dan pemindahan teknologi.
3.KEJURUTERAAN AWAM
-teknologi bangunan mempunyai kaitan
rapat dengan seni bina. Ia berjaya menonjolkan teknologi seni bina Islam yang
mengagumkan seperti Masjid Al-Aqsa di Jerusalem dan juga Masjid Ummayad di
Damascus yang dibina pada kurun ke-7M
4. TEKNOLOGI
KEJURUTERAAN JALAN RAYA DAN JAMBATANDAN JAMBATAN
-pembinaan jambatan Shahristan di
Isfahan,Iran amat dikagumi pada kurun ke-12M. Keistimewaannya ialah jambatan
ini mempunyai pintu gerbang yang sangat banyak dan bersegmen
5. KEJURUTERAAN
HIDROLOGI
- Pada zaman pemerintahan Umar Abdul
Aziz,beliau telah mengarahkan pembinaan terusan yang panjangnya 10km untuk
mengalirkan air Sungai Furat ke Bashrah sebagai punca air kerana berlakunya
kemarau yang panjang.
PENUTUP
Al-Quran menjelaskan dan menunjukkan pentingnya sejarah dan hubungannya dengan kewujudan tamadun manusia melalui peristiwa serta contoh umat terdahulu yang benar-benar berlaku dan perlu dijadikan pengajaran kepada kita pada hari ini. Dianggarkan sebanyak 1000 ayat mengenai kisah-kisah nabi terdahulu dan rasul sebelum ini seperti menceritakan hebatnya kerajaan Thamud, Kaum 'Ad,Kaum Madyan dan juga mengenai keingkaran Firaun laknatullah. Islam merupakan sistem hidup yang berperanan mengurus alam dan segala keperluan makhluk berdasarkan panduan syariat melalui amalan terbaik daripada Nabi Muhammad SAW. Asas bagi segala kemajuan berdasarkan sains teknologi dan kejuruteraan adalah membawa kepada kebaikan,menolak kejahatan serta kepayahan dan nilai tambah kepada kualiti kehidupan manusia. Segalanya menjurus kepada mengabadikan diri kepada Allah SWT. Kejayaan para sarjana islam pada masa lampau dalam pelbagai bidang adalah kerana islam menganjurkan umatnya meneroka alam untuk memakmurkan tadbir urus kehidupan manusia bagi membina kebahagiaan di dunia dan diakhirat.
LAMPIRAN
- Membuat rujukan pada buku Sains Teknologi dan Kejuruteraan dalam Islam
- Mencari maklumat di http://www.slideshare.sainsteknologiislam.com
- Mencari maklumat di http://www.slideshare.sainsteknologiislam.com
Comments
Post a Comment